Watak dan perwatakan Kapten Hassan Wira Bangsa

  • Kapten Hassan : Nama penuhnya Hassan bin Haji Osman. Beliau dilahirkan pada 27 Julai 1927 di Kampung Batu 12, Mantin, Negeri Sembilan. Beliau anak ketiga daripada lima orang adik-beradik bagi pasangan Haji Osman dan Puan Zainab. Hassan mendapat pendidikan di Sekolah Melayu sehingga darjah lima dan kemudian mendalami pengetahuan agama di Sekolah Pengajian Pondok Kampung Sega, Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan sehingga kedatangan Jepun. Selain itu, Hassan ada juga menimba ilmu kebatinan dan kepahlawanan daripada beberapa orang tokoh agama. Hassan jujur, tekun, sabar, berani, bersemangat tinggi, dan kuat beribadah. Disiplin dan taat akan perintah orang atasan menjadi pegangan dan amalanya. Semua sifat tersebut menyebabkan Hassan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam kerjayanya sebagai ‘riflemen’ sehingga ke pangkat Kapten. Selain itu, Hassan berbakat menulis skrip dan pernah mengarah drama pentasyang mengisahkan kehidupan anggota keselamatan pada zaman darurat. Sebagai menghargai jasa dan sumbangan Hassan, pelbagai anugerah diberikan kepada beliau. Antaranya termasuklah pingat keberanian NM, pingat Perkhidmatan Cemerlang MID, pingat Kelakuan Terpuji Negeri Pahang, pingat Jaksa Kebaktian, pingat Ahli Mangku Negara, dan pingat Seri Mahkota Selangor. Hassan meninggal dunia di Hospital Besar Seremban kerana sakit jantung.
  • Penghulu Ismail : Beliau merupakan datuk Hassan sebelah ibunya, yang telah memelihara Hassan di Mukim Pantai. Penghulu Ismail diiktiraf sebagai Pentadbiran Mukim Pantai dan sangat disenangi dan dihormati oleh orang-orang kampung. Beliau pernah ditangkap secara kasar dan ditahan oleh anggota Bintang Tiga yang cuba mengambil alih kuasa. Walau bagaimanapun, beliau dibebaskan tanpa syarat oleh Bintang Tiga yang ketakutan setelah berlaku beberapa kejadian aneh.
  • Hajah Siti Amai : Beliau adalah ibu mentua Hassan, yakni ibu kepada isteri pertama Hassan, Siti Zabedah. Hajah Siti Amai agak berada orangnya, mempunyai simpanan mata wang pound British , mengusahakan kebun, serta memelihara lembu dan kerbau. Beliau akhirnya mati dibunuh dengan kejamnya oleh Bintang Tiga kerana enggan menyerahkan wang hasil jualan lembu dan kerbau,wang simpanan , serta barang kemasnya kepada mereka.
  • Ah Kiew: Dia pengganas komunis yang cantikyang dikenal sebagai Ah Moi. Dia arahkan supaya berpura-pura menyerah diri di Kem Tapah, yakni kem tempat Hassan bertugas ketika itu. Tugas pertamanya ialah menggoda Hassan supaya Hassan terjebak dalam maksiat. Tujuannya supaya ilmu kebatinan yang dimiliki dan diamalkan oleh Hassan tercemar dan tidak dapat digunakan. Hal ini bagi memudahkan pihak komunis menghapuskan Hassan kelak. Walau bagaimanapun Ah Kiew pula termakan pujukan Hassan supaya kembali ke pangkuan masyarakat dan meninggalkan perjuagan komunis yang sia-sia. Malah, sesudah Ah Kiew sedar dan berubah, dia telah berjaya memujuk 37 orang pengganas komunis yang bergerak di dalam hutan di negeri Perak supaya menyerah. Tidak beberapa lama kemudian, Ah Kiew berkahwin dengan pemuda pilihannya dan dia telah mengundang Hassan ke majlis perkahwinannya.
  • Tuk Janggut: Dia Ketua Komunis di Perak yang berbangsa Melayu. Dia dikatakan memiliki ilmu kebal dan dapat menghilangkan diri sekelip mata. Kononnya, oleh sebab itulah dia amat digeruni oleh anggota tentera yang beroperasi di dalam hutan. Setelah cabar-mencabar, Tuk Janggut melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah Hassan tetapi anehnya tidak berkesan kepada Hassan .Selepas itu, Hassan melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah Tuk Janggut pula. Tembakan Hassan tidak berkesan juga kepada Tuk Janggut yang kemudiannya menghilangkan diri sekelip mata.
  • Mejar : Dia pegawai kanan Batalion Kelima, Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kem Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, iaitu tempat Hassan bertugas ketika menyandang pagkat Leftenan. Dia telah melanggar disiplin dan peraturan di kem yang melarang anggota tentera membawa wanita yang bukan mahram ke dalam kem. Kejadian sumbang itu dilaporkan oleh Leftenan Hassan kepada pegawai pemerintahan batalion berkenaan sehingga mejar tersebut dikenakan tindakan tata tertib. Sebagai akibatnya, dia memandang serong terhadap Hassan. Ketika mejar tersebut menjadi kompeni dan Hassan menjadi ketua platun tempur dalam kompeni berkenaan, berlaku pergeseran peribadi antara mereka. Dia tetap mengarahkan Hassan mengetuai pasukan untuk gerakan mencari dan menyelamatkan mangsa pesawat yang terhempas di kawasan Bukit Tinggi ,Pahang, meskipun mengetahui bahawa Hassan akan menduduki ujian kenaikan pangkat tak lama lagi. Dia jugalah bertanggungjawab menolak rayuan Hassan untuk terus berkhidmat dalam angkatan tentera apabila perkhidmatan Hassan ditamatkan tanpa mengambil kira sumbangan cemerlang Hassan kepada bangsa dan Negara.